Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

31 July 2011

Salam Ramadhan 1432H


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H buat semua warga radio amatur yang beragama Islam... semoga ibadah pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaAllah...

skoda...
73

25 July 2011

Kemaskini 25/07/2011

Kemaskini untuk 9M4RKN & beberapa repeater Astra Kelantan...

skoda...
73

9M4RKN

Adalah dimaklumkan, 9M4RDA di Kota Bharu telah ditamatkan operasinya. Dan bermula pada jam 1030 pagi, 25 Julai 2011, 9M4RKN beroperasi bagi menggantikan 9M4RDA. 9M4RKN beroperasi di frekuensi 147.650, offset -600, tone 131.8. Harap maklum.



skoda...
73

23 July 2011

Koleksi

Antara yg aku miliki...

1. Align T-Rex 600N LE
2. Thunder Tiger Mini Titan E325
3. Cessna 182 EPO
4. Hover One EPO
5. Airwolf body scale
6. Precision Arobatics Addiction (tiada dlm gambar)
7. Createmperor 3.5 ch heli



skoda...
73

Fotografi

Panning


Manual, ISO 3200, 1/20 sec, f/2.8


skoda...
73

22 July 2011

Makluman awal

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, pada hari Isnin ini (25 Julai 2011), repeater 9M4RDA di Kota Bharu akan bertukar kepada 9M4RKN...

Untuk rekod, lesen 9M4RDA yang telah digunapakai selama ini adalah kepunyaan MARTS tetapi diselengara sepenuhnya oleh Persatuan Radio Amatur Dan Rekreasi Kota Bharu (ARKB - 9M4CKB)...

Dan bermula pada 27 Julai 2011 nanti, 9M4RKN akan beroperasi sepenuhnya... Untuk rekod juga, 9M4RKN ini dimiliki sepenuhnya oleh ARKB... Frekuensi tidak akan berubah, cuma tone yang akan ditukar...

Sama-samalah kita mendoakan agar pertukaran ini nanti dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa sebarang masalah yang timbul... Sebarang pertukaran akan dimaklumkan semula... Semoga impian akan menjadi kenyataan...


skoda...
73

19 July 2011

14 July 2011

Terbang 14/07/2011

SP, 1/500sec, f/5.6, ISO 640, FL 300mm

SP, 1/500sec, f/6.3, ISO 800, FL 185mm


skoda...
73