Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

29 December 2008

2 Meter Net Istimewa Maal Hijrah

Tepat jam 2200hrs waktu tempatan (1400hrs UTC), telah diadakan acara 2 meter net istimewa Maal Hijrah di 9M4RDA... acara ini telah dikendalikan oleh 9W2KEY selaku pengawal rangkaian pertama sebelum diambil alih oleh 9W2ZZD pada jam 2230hrs selaku pengawal rangkaian kedua...

9W2KEY telah mengendalikan acara ini di base aku, memandangkan dia tak sempat untuk balik ke basenya... walaupun dengan prasarana yg tak lengkap, alhamdulillah 9W2KEY telah berjaya mengendalikan acara ini dengan begitu baik, berbekalkan pengalaman dan ilmu yg dimilikinya...

Begitu juga dengan 9W2ZZD, walaupun baru pertama kali menjadi pengendali rangkaian acara 2 meter net di 9M4RDA, dia juga berjaya mengawal aturcara rangkaian ini dengan amat baik sekali... tahniah & terima kasih buat anda berdua...

Alhamdulillah, seramai 40 org ham telah turut serta menjayakan acara ini dengan menjadi pemanggil bermula pada 2200hrs dengan pemanggil pertama iaitu 9W2WBM hingga 2355hrs dengan pemanggil terakhir iaitu 9W2SYS...

9W2KEY - 2 meter net istimewa Maal Hijrah di 9M4RDA


cherio...
73

Maal Hijrah 1430H

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah, 1 Muharram 1430H kepada semua warga Ham diseluruh Malaysia...

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, komuniti Ham kita dapat berhijrah dengan meninggalkan semua amalan yg tidak sihat dan tidak baik kepada satu amalan yg memberi menafaat kepada seluruh masyarakat... dan semoga tahun baru 1430H ini membawa seribu kebahagiaan, seribu keberkatan, seribu kerahmatan kepada kita semua, insyaAllah...

Juga harapan agar kita semua dapat bersatu hati tak kira dimana jua kita berada demi menjayakan hobi yg amat berharga ini...



cherio...
73

28 December 2008

Takziah


Takziah buat seluruh rakyat Negeri Sembilan umumnya dan rakan Ham Negeri Sembilan khasnya diatas kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku J'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada jam 1145hrs semalam (27 Dis 2008)...

Semoga roh Almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...

Alfatihah...

cherio...
73

27 December 2008

Tragedi

Petang tadi, semasa memandu, sewaktu aku mengelak sesuatu, aku telah terlanggar satu bucu konkrit. Akibatnya, tayar kereta aku sebelah kiri terkoyak... dan akibatnya lagi, aku terpaksa menukar tayar baru... Nasib baik rim tayar tu takde kerosakan...

Kebetulan waktu tu aku tgh QSO dengan 9W2ALI di simplex V18...mmg kedengaran agak kuat bunyi pelanggaran... turut kedengaran, suara aku yg terkejut... hehehe...

Moralnya, berhati-hati semasa memandu... kena lebih berhati-hati lagi kalau sewaktu tu sedang QSO...



cherio...
73

F23H

Alhamdulillah, F23H aku telah selamat didirikan tengahari tadi dengan bantuan 9W2MYM & sepupu aku... kebetulan 9W2MYM berada di Kota Bharu dan dia tahu aku ingin menaikkan base antenna, terus dia menuju ke rumah aku... terima kasih rakan...

Dengan ketinggian keseluruhan lebih kurang 30 kaki, disambungkan pada batang buluh, alhamdulilah setakat ni aku mampu memancar ke 9M4RNT di Bukit Bintang, Besut dengan kekuatan 5watt dan mampu simplex dengan rakan dari Rantau Panjang... Terima kasih pada rakan-rakan (9W2YGC, 9W2RZW, 9W2SYD, 9W2RTP, 9W2CBI, 9W2ZMP, 9W2PKG, 9W2USU & 9W2DWM) yg sudi menerima ujian pancaran aku...

Dengan rakan-rakan lokasi lain, masih belum aku uji... InsyaAllah, aku akan cuba lagi untuk membuat ujian pancaran dgn rakan yg lebih jauh...


cherio...
73

25 December 2008

Ahli Keluarga Baru

23 Dis 2008 - 3 ahli keluarga baru hadir dalam hidup aku... Kenwood TM-V71A, Power Supply Teleconcepts SPS8250 & Base Antenna F23H...

Kenwood TM-V71A telah selamat berada dalam kereta aku, menggantikan ICOM 2200H sementara Teleconcepts SPS8250 disambungkan dengan ICOM 2200H sebagai base rig...

Antenna F23H masih belum dinaikkan.. dlm proses mencari pokok buluh sebagai tiang sementara. Memandangkan aku akan berpindah ke base baru dalam 2 bulan lagi, jadi aku mungkin akan naikkan F23H tersebut untuk sementara waktu menggantikan mobile antenna di tepi bumbung rumah ni..







cherio...
73

Konvoi ke Rusila 17 Dis 2008

Konvoi rakan Ham Kota Bharu sebanyak 19 buah kenderaan telah bergerak ke Rusila untuk memberi sokongan kepada rakan SWAL yg akan menduduki RAE. Konvoi diketuai oleh 9W2KEY selaku "command center". Antara rakan yg turut serta dalam konvoi tersebut adalah 9w2KEY, 9W2ALQ, 9W2SYD, 9W2YGC, 9W2GGB, 9W2HKS, 9W2CGC, 9W2RZW, 9W2RZX, 9W2RSE, 9W2STH, 9W2DTK, 9W2ZZD dan beberapa rakan Ham lagi termasuk rakan SWAL yg akan menduduki RAE.

Aku hanya berkesempatan untuk bersama konvoi tersebut sewaktu balik ke Kota Bharu... kebetulan hari tersebut hari aku balik dari offshore... jadi, sesampai saje aku di Kerteh dari tengah samudera, terus aku menuju ke Rusila untuk bersama rakan lain...

Dalam perjalanan balik, sempat singgah di Batu Rakit untuk membeli sedikit buah tangan, yg sudah semestinya Keropok Lekor....


Bersama 9W2BTU & 9W2YMM

9W2RZX, 9W2RZW, 9W2CGC, 9W2HKS & 9W2KEY

9W2SYD, 9W2CHK & 9W2GGB




9W2STH bersama rakan-rakan PBSM

Sesi membeli keropok lekor di Batu Rakit




cherio...
73

18 December 2008

RAE 2008-2

Semoga berjaya kepada rakan-rakan SWAL yg menduduki RAE semalam... semoga kejayaan berada dipihak anda...

cherio...
73

01 December 2008

Seminar Radio Amatur Peringkat Negeri Kelantan 2008

Satu seminar radio amatur anjuran MCMC Wilayah Timur akan diadakan pada Sabtu, 6 Disember 2008, bertempat di Gelanggang Seni, Jln Mahmood, Kota Bharu bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Atucara majlis:

09.00 pagi : Ketibaan peserta
09.30 pagi : Bacaan doa
09.35 pagi : Ucapan aluan & perasmian oleh YBrs Pengarah UPEN Kelantan
09.45 pagi : Minum pagi / demonstrasi peralatan radio
10.00 pagi : Taklimat "Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 berhubung Penggunaan Radio Amatur" oleh MCMC
10.30 pagi : Taklimat "Pengimportan Alat Radio Di Malaysia" oleh SIRIM QAS
11.30 pagi : Taklimat "Penggunaan Radio Amatur" oleh MARTS
12.00 tghari : Makan tengahari / bersurai

Rakan-rakan yang berkelapangan, dijemput hadir...

cherio...
73

ARKB-022

cherio...
73