Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

27 December 2008

F23H

Alhamdulillah, F23H aku telah selamat didirikan tengahari tadi dengan bantuan 9W2MYM & sepupu aku... kebetulan 9W2MYM berada di Kota Bharu dan dia tahu aku ingin menaikkan base antenna, terus dia menuju ke rumah aku... terima kasih rakan...

Dengan ketinggian keseluruhan lebih kurang 30 kaki, disambungkan pada batang buluh, alhamdulilah setakat ni aku mampu memancar ke 9M4RNT di Bukit Bintang, Besut dengan kekuatan 5watt dan mampu simplex dengan rakan dari Rantau Panjang... Terima kasih pada rakan-rakan (9W2YGC, 9W2RZW, 9W2SYD, 9W2RTP, 9W2CBI, 9W2ZMP, 9W2PKG, 9W2USU & 9W2DWM) yg sudi menerima ujian pancaran aku...

Dengan rakan-rakan lokasi lain, masih belum aku uji... InsyaAllah, aku akan cuba lagi untuk membuat ujian pancaran dgn rakan yg lebih jauh...


cherio...
73

2 comments:

9W2KEY said...

haraf maaf kerana saya tak sempat pegi tolong anda semasa menaikkan antenna itu. pada masa itu ambo berada di tapak sedut pasir 9W2TMK. Apa2 pun tahniah utk anda.

aYon said...

takpe... takde masalah... lagipun, sangat mudah menaikkan antenna tu... sebab guna batang buluh je...

kalau menggunakan paip teleskopik, mungkin memerlukan bantuan rakan...