Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

05 September 2008

Sekadar Catatan

Sejak aku aktif dalam radio amatur ni 5 bulan yg lepas, dah ramai rakan baru yg aku kenal... ada yg aku kenal hanya sekadar melalui udara dan ramai juga yg aku kenal didaratan... hampir setiap lokasi yg aku pergi, aku akan cuba untuk berjumpa dgn rakan-rakan baru... kalau tak dapat "tango-tango", dapat "touch-N-go" pun kira memadai dah...

Terima kasih pada rakan-rakan Ham, yg sudi meluangkan masa untuk berjumpa aku walau sekadar untuk bersalam-salaman didaratan... Secara ringkasnya, aku telah berjumpa dgn ramai rakan Ham di Kota Bharu tentunya, Bachok, Gua Musang, Pasir Puteh, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Paka, Langkawi, Sik, Kuala Lumpur, Kuantan, Rompin & Raub. Mungkin ada lagi di lokasi lain yg aku lupa untuk nyatakan...

Apapun, harapan aku semoga ikatan silaturrahim yg terjalin antara kita akan berkekalan... InsyaAllah...

cherio...
73

No comments: