Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

05 September 2008

Kenangan Pertama

Sabtu 19 April 2008, 1845hrs - Icom IC-2200H, mobile rig pertama dgn antenna Diamond MC-101 siap dipasang di kereta aku... terima kasih pada 9W2TKG kerana sudi meluangkan masa untuk membantu aku dlm pemasangan tersebut... ujian pancaran pertama dari rig itu dibuat oleh 9W2TKG ke repeater 9M4RBJ...

Ahad 20 April 2008, 0030hrs - Kali pertama aku memancar ke frekuensi VHF radio amatur... terima kasih pada 9W2AWQ, 9W2JLD & 9W2MEO kerana menerima contact perdana aku di simplex V22... terima kasih jugak kerana memberi aku sedikit ilmu tentang tatacara QSO...

Ahad 20 April 2008, tengahari - Pancaran pertama aku ke 9M4RDA... aku dah lupa dgn siapa aku berQSO pada masa tu, yg pasti dlm rekod aku rakan pertama aku di 9M4RDA adalah 9W2TMK, 9W2KEY & 9W2ALI... terima kasih rakan di 9M4RDA yg sudi menerima pancaran pertama aku...

Ahad 20 April 2008, 1730hrs - Tango-tango pertama aku dgn rakan radio... terima kasih pada 9W2ALI, 9W2HAR, 9W2OTO & 9W2ZUZ... rasanya 9W2ALI yg belanja ari tu sebab katanya hari tu birthday dia kali ke 4 tahun ni... heheh..

cherio...
73

No comments: